Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Khamis, 31 Mac 2011

Bila Agama Islam Dihina..!

Assalamualaikum semua... nak share ngan korang pasal Agama Islam yang dihina oleh segolongan manusia yang BODOH AKALNYA..! dalam beberapa hari nie aku tengok kat Facebook banyak yang menghina mengenai Agama Islam.. sedih bila ada segelintir manusia yang tidak menjaga sensetiviti kaum.. Dalam Agama Islam disuruhNYA  menghormati agama lain dan begitulah sebaliknya... tetapi makin ramai yang ingin memecahbelahkan umat Islam.. bagi aku kita sepatutnya tidak cepat melatah.. kerana kaum2 kafir ingin sekali melihat umat Islam berpecah belah..

Penghinaan dan pencelaan terhadap agama Islam, sudah terjadi sejak dahulu, bahkan sejak pertama kali Islam mulai di dakwahkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ketika itu Abu Jahal mengatakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Muhammad, apakah kamu ingin kaya? Ingin berkuasa? Atau ingin perempuan yang tercantik di tanah Arab ini?” Begitulah kira-kira kata ejekan Abu Jahal kepada keponakannya sendiri, yakni Muhammad SAW. Bahkan, dalam perjanjian Hudaybiah, Nabi Muhammad dilarang menggunakan title “Rasulullah”, maka di jawab oleh Allah dalam Surat Al-Fath: 29: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda meraka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al-Fath:29) Memang sudah jelas, dalam ayat diatas. Dan dengan satu ayat ini pun sudah cukup kita mengetahui bagaimana mereka (pembuat website penghinaan) itu. Mereka jengkel dan marah, karena Islam semakin hari semakin banyak pemeluknya, bahkan di negara-negara Eropah dan Amerika, Islam menjadi pilihan dan meninggalkan agama mereka terdahulu. Karena Islam adalah agama hati. Hati manusia yang merupakan segalanya berasal. Hati manusia adalah fitrah dan tidak bisa di bohongi. Hati kecil manusia pasti menginginkan kebahagiaan dan kedamaian. Orang-orang kafir memang hendak membuat makar kepada Allah, dengan membuat aliran garis keras, yang seolah-olah itu di benarkan dalam Islam, bahkan mereka memakai dalil-dalil Qur’an untuk membenarkan tindakan mereka. Padahal tak lain dan tak bukan itu adalah musang berbulu ayam. Orang yang tidak ingin Islam kembali bangkit sebagai agama pembawa cahaya di muka bumi ini. Agama yang tidak berorientasi dunia saja, tetapi kepada kekekalan kebahagiaan yang abadi nanti di yaumil qiyamah. Wahai, saudaraku se-iman, sebarkanlah Islam sebagai pembawa kedamaian, bukan perpecahan dan pembuat konflik. “Anjing menggonggong kafilah berlalu“, biarlah apa yang mereka katakan itu dan segala penghinaannya, biarkanlah Allah saja yang akan menghukum mereka, bukan kita, tugas kita adalah selalu mendakwahkan kebenaran dan menegakkan kalimat Tauhid. 

Firman Allah, ertinya:

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Al Baqarah: 120

Klik gambar untuk besar..

Korang boleh klik yang sebelah nie >> Facebook 1


Klik gambar untuk besar

ni pon same.. korang klik jew..>> Facebook 2


Isnin, 28 Mac 2011

Cinta Songsang


Hey..! wat pew tu? bosan nie kat ofis pagi2 nie.. dah la ujannn! sejukkkkkkkk.. nak tido bole kew bos? haha.. malas nak bekerja nie.. selalunya pagi2 nie aku sarapan dengan lappy aku jew.. bukak pak cik Google.. search jew ape yang aku nak cari.. then baca paper online.. aku pon terjumpa la satu artikel nie pasal cinta songsang.. aku tertarik ngan artikel nie sebab penulis bagi pengertian yang senang dan mudah difahami.. aku pon bukan baek sangat pon.. jahat jugak.. saja nak share ngan korang sume... post artikel nie x bermakna aku sokong cinta songsang oke..!  so korang layan jew la.. ;)



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
27 April 2007

Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri. Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi. Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan. Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.

LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP


Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka. Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan. Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri. Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.
Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara. Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri. Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman. Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya. Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.
SEKADAR NASIHAT
Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan. Kuatkan iman, teguhkan pendirian. Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…
CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM
Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.
“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.
rukudulmaa.JPG
Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab
Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia. “Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?” soalan yang sering diajukan kepada saya. “Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan. Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.
Tabahkan hati…
Klik sini Info asal


Ahad, 27 Mac 2011

Rangking Blog NabilStory


First sekali aku nak ucapkan banyak-banyak trima kasih buat korang yang selalu follow blog aku nie.. pasal korang la aku rajin update blog.. sama lah macam blog Alumni SMK Teluk Bahang.. aku pon dah rajin update.. so kalau korang tengok kat bawah nie pasal rangking blog aku start bulan Mac 2010.. tp sorang followers pon tak dak.. sebabnye aku malas nak jadi blogger separuh masa.. hehe.. but now! aku dah jd blogger separuh masa yang setia! buktinya.. bawah nie la.. start bulan Januari sampai bulan Mac rangking blog aku menaik oke!! hampir 4 ribu halaman dibuka.. thanks banyak2


Rangking yang nie pulak dari audit rangking blog yang paling famous.. Alexa.com.. kalau korang tengok menurut Alexa Traffic Rank blog NabilStory di tangga 2,167,372.. jauh sangat tuh.. tapi dalam Traffic Rank In Malaysia pulak di tangga 38,752..! kira oke la tu kan setelah 3 bulan aku kembali aktif semula menjadi seorang blogger.. hehe.. 



Orange Facebook..!!

bosan..! print screen fb aku.. hehe.. colour oren.. cantekkk!! 



Sabtu, 26 Mac 2011

Budak Gila..!!


Aku macam nak pelempang jew budak Aziz Luqman nie..! kurang ajar sungguh..! nie semua jadi pagi tadi kat ofis.. waktu aku on9 FB aku yg kedua tu.. kalau nak chat pon elok-elok lar... nie cakap macam orang gila plak tuh... pastu tak pasal-pasal ckp aku bangang.. lain la klu aku kenal tu laen la cite.. nie kenal pon tak..! hampeh btul.. tngok la chat aku ngan budak tuh.. aku pon da remove budak nie dah..! padan muke koo!! damn..!

 
padan muka budak.!!


This Is My Story

Klik pautan untuk lebih lanjut... :D

This is My Story Klik SINI..!!

Khamis, 24 Mac 2011

Download Firefox 4..! NEW


Klik paparan untuk saiz yang lebih besar

wah..! sebelum nie jarang guna mozilla firefox sebab lambat sangat macam siput.. tp dengan version Firefox 4 nie.. lebih laju dari sebelumnya.. kalau sekali imbas macam guna Chrome jew.. hehe.. aku share link download dengan korang ok.. ni die..  Firefox 4


Cara Mengenali Jantina Hamster


Mungkin antara kita ramai tertanya-tanya bagaimana hendak mengenal pasti jantina hamster anda samada jantan atau betina.. so aku nak share ngan korang yang belum tahu nak kenal jantina hamster nie..

Ciri-ciri jantina hamster jantan 
seperti gambaran di atas alat kelamin hamster jantan lebih besar.. kalau korang tngok dekat bawah hamster.. korang akan dapat tengok telur hamster tu.. senang sgt nak kenal pasti..

Ciri-ciri jantina hamster betina 
untuk jantina hamster betina pulak.. korang akan dapat kenalpasti permukaan  bawah hamster rata jew.. sbb tak dew telur oke..hehe

Peringatan buat korang.. jaga-jaga sikit waktu nak beli hamster.. kadang-kadang penjual nie tipu.. so kena la hati-hati ok.. sekian untuk tips pasal hamster.. kalau ada pew jangan segan jangan malu... tanya jew.. hehe


Rabu, 23 Mac 2011

Pelajar Rakam Imej Pelik


Keasyikan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri pada waktu maghrib menggunakan telefon bimbit akhirnya memberi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.


IMEJ seolah-olah lembaga hitam tanpa muka sedang merenung dirakamkan secara tidak sengaja oleh Safura

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.

"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.

Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.

"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.

"Sebaik sahaja berita ini tersebar, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang berkunjung melihat rakaman tersebut dan memindahkannya ke telefon bimbit mereka," katanya.

Sementara itu, neneknya, Salamah memberitahu, kejadian aneh tersebut adalah yang pertama berlaku di rumah tersebut yang telah didiami sejak 20 tahun lalu.

"Entahlah, nenek tidak tahu teknologi telefon sekarang, tetapi apa yang pasti gambar tersebut seolah-olah satu lembaga aneh sedang berdiri di belakang Safura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar tersebut berkata:

"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.

"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.


Hamster Yang Kiut-Miut..!!

Disebabkan hari nie aku sungguh bosan.. so dari pagi td keje aku ngadap laptop uruskan blog alumni Alumni SMKTBg.. so aku da update pasal permohonan kemasukan ke IPT macam Matrikulasi.. Politeknik.. dan banyak lagi..! boleh rujuk kat alumni blog oke.. disebabkan petang nie balek awal 3.30 ptg.. aku pon dah x dak mood nak keje.. ngadap blog NabilStory lak.. jadi tengok la hamster yang kiut miut nie..! macam nak picitttttt jew pipi hamster nie..! haha.. 














Selasa, 22 Mac 2011

Misteri Rumah Sewa



Assalamualaikum..! pe kabar? Harap sihat lar hendaknye.. harinie aku nak share pasal citer seram yang sedang hot.! dekat semua blog di Malaysia nie.. dah banyak blog yang aku jumpa pasal Rumah Sewa RM50 berhantu.. seram jugak dengarnya.. so jom baca dengan aku.. Pada suatu hari sang kancil pon berjalan2 dalam hutan….. bla.. bla.. hahaha.. lawak jew oke.! X nak marah2.. nant cepat tua.. teruskan membaca kat bawah..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal.. 9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la]. Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena. Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk. Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni. Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim! Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya. Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak. Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan? Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam. Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......



Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang. Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310..!!

Isnin, 21 Mac 2011

Tutorial - Upload Gambar Dalam Blog



Bagi aku setiap post yang korang buat mesti la ada beberapa gambar dalam post korang.. sebabnya kalau korang asyik taip jew... tak dak gambar.. x dak sapa pon teringin nak baca blog korang.. buktinya..!! aku dah ada follower tetap blog aku setiap hari.. hehe.. thanks banyak2 sebab sokong blog aku.. so untuk tutorial blog nie aku tunjukkan cara-cara nak upload gambar.. lepas tu korang da bole post atau korang nak taip pa pew jew..

Meletakkan gambar dalam sesebuah entri dalam sesebuah blog dapat 'merancakkan' lagi kandungan sesebuah entri.
Kebiasaannya gambar yang diletakkan adalah berkaitan dengan entri yang ditaip. dan adalah biasa pengunjung sesebuah blog suka membaca entri sesebuah blog yang juga mempunyai gambar walaupun sekeping 



1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'
cara letak gambar Dalam Blog


2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
cara letak gambar Dalam Blog

ATAU
cara letak gambar Dalam Blog


3. Klik pilih fail


4. Pilih gambar yg korang nak upload.. klik open.


5. Pastu korang klik gambar.. then klik button 'Tambah yang dipilih'


6. Last skali korang bole setting gambar tu.. samada nak kecik.. besar.. kekanan-kekiri.. pastu da siap..! 

Last berjaya..!! selamat ber'blogging'




Video Tsunami Jepun 2011


Rasanya belum terlambat kalau aku post video sekitar kejadian Tsunami yang melanda negara Jepun.. aku bersyukur kehadrat Allah.. kerana bumi Malaysia yang tercinta ini dilindungi dari malapetaka yang digeruni seluruh dunia.. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. 







Jumaat, 18 Mac 2011

Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabawi




Ahlan Wasahlan..! Assalamualaikum semua… harapnya sihat la hendaknye ya.. waktu dekat pejabat haritu waktu tengah cari artikel pasal disebalik kejadian Tsunami dalam al-Quran.. tetibe jew terjumpa satu artikel nie Ada Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabawi.. terkejut jugak sebab tak penah dengar cite pasal nie.. so aku mulakan carian di pak cik Google.. mest korang pelik kan sebab pew aku panggil Pak Cik Google..? sebabnye waktu kat kolej.. lecterur aku bile kitorang tanya dengan lebih lanjut pasal sesuatu perkara.. mest die cakap tanya pak cik google.. haha.. so satu kelas la guna Pak Cik Google..

So sambung cite pasal mayat atas kubah masjid nie…  Dengarnya dah sembilan puluh tahun mayat itu di situ akibat terkena panahan petir. Tiada siapa yang boleh menurunkannya. Akhirnya pihak kerajaan telah menyimen mayat itu, kemudian di cat dengan warna hijau untuk mengelakkan orang ramai perasan. Macam gambar kat atas tu… SUBHANALLAH ini adalah satu keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.


Diriwayatkan oleh Syeikh Zubaidi, ahli sejarah Madinah seperti berikut:

“Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid Nabawi di Madinah yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Ketika pelaku mencuba memanjat kubah itu untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat itu pun mati di tempat itu. Anehnya tidak seseorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah itu. Ia juga menyatakan bahawa seseorang yang salih dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan ia harus dikuburkan di atasnya sebagai peringatan dan pengajaran bagi orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkannya kubah itu pada masa depan. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di atas kubah dan menutup tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat orang.”

Maklumat mengenai ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi, memang banyak dijelaskan melalui laman web (internet) yang boleh dilayari dengan judul ‘Ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi’ dan adakah benar atau sebaliknya fakta ini? Sesuatu maklumat atau khabar di dalam ilmu mantiq dan balaghah, mungkin boleh dipercayai ataupun tidak. Apa lagi maklumat itu tidak ada kaitan dengan ibadah atau akidah. Kejadian itu bukan sekadar maklumat yang membuat kita terkejut mendengar dan melihatnya, bahkan ia fakta sejarah yang tidak dapat ditutupi selama ini kerana ditutupi oleh fahaman dan aliran atau golongan tertentu yang melakukan perbuatan provokasi itu. Ramai jemaah haji, umrah, dan ziarah dari pelbagai negara seluruh dunia mengunjungi Masjid Nabawi dan melihat di atas kubah hijau itu, tetapi tidak perasan bahawa di sana ada sebungkah mayat terbujur. Ada jemaah bertanya, mengapakah harus ada dua kubah berdekatan di atas mihrab raudah dan bekas rumah Nabi Muhammad SAW dan di bawah kubah hijau Masjid Nabawi terdapat pula makam Rasulullah SAW dan dua orang sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab RA. Setelah memandang lebih fokus ke arah puncak kubah hijau itu, kita melihat seperti ada suatu bongkahan sehingga kelihatan kubah itu seperti ada sesuatu yang tidak rata di atasnya. Jika diperhatikan secara saksama, memang jelas ada sesuatu yang menempel di atas kubah itu dan menyatu warnanya (hijau) dengan warna kubah.


Tanpa ada niat untuk menimbulkan sensasi, setelah mempelajari komen yang tertulis dalam bahasa Arab di samping gambar itu seperti yang disaksikan pada mulanya makam itu adalah bilik Aisyah, isteri Nabi SAW dan rumah kediaman Rasulullah SAW. Justeru, kerana kesalahan kerajaan Islam terdahulu, makam itu dibina sebahagian daripada masjid. Dalam hadis pun ada melarang menjadikan makam nabi sebagai masjid. Diriwayatkan daripada Abbad RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah SWT melaknat orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kuburan nabi mereka sebagai masjid.” (lihat Fathul Barri). Dalam konteks ini, Ibnu Hajar al-Asqalani, menjelaskan makna hadis di atas adalah larangan untuk mengagungkan dan membesarkan (memuja) kuburan, bukan larangan membina masjid dekat kuburan atau kuburan berada di dalam masjid. Di mana pun lokasinya, kuburan (makam) tetap tidak dibolehkan untuk diagungkan seperti orang menghormati masjid. Sama halnya makam Nabi SAW yang berada di dalam masjid. Orang datang ke makam Baginda bukan bermaksud untuk mengagung dan memujanya tetapi sekadar untuk berziarah dan berdoa seperti Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menziarahiku setelahku wafat, sama seperti menziarahiku ketika aku hidup.” (Hadis riwayat Tabarani). Justeru, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan mengirimkan sambaran kilat maut kepada pelakunya yang berniat jahat dan khianat untuk menghancurkan kubah Masjid Nabawi itu. Sehingga tidak ada seseorang pun yang sanggup menurunkan mayat itu hingga sekarang walaupun peristiwa itu berlaku 90 tahun yang lalu.

Namun Allah SWT ingin memperlihatkan kekuasaan-Nya, bahawa yang benar itu tetap benar, dan yang salah tetap salah walaupun dipertikaikan kerana yang benar itu mengatasi yang batil. Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat (tanda) keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli di dalam gelap gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki, akan disesatkannya, dan sesiapa yang Dia kehendaki, akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.” (Surah al-An’am,ayat 39).



                                                                      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...