Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Selasa, 8 November 2011

Cerpen - Senyuman Terakhir


Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Izam, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yg terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Izam seorang lelaki yg simple, sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dgn senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia. Izam dan maira..

Hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu izam di kafe, ada sesuatu yg ingin kuberi kepadanya memandangkan hari lahirnya yg bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan izam sesuatu. Hampir 5 minit kemudian izam tiba dgn senyuman manis terukir di bibirnya.

“Assalamualaikum..sorry ye wak, saya ada hal td..” Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.

Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah izam agak panik, digaru-garu kepalanya yg tak gatal.

“Erk..apa ni wak? “
“Untuk awk la..saya kasi wak, tgk la suka ke tak”
Dahi izam berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
“Ya Allah..maira! ini jam hari tu kan? Awak, jam ni kan mahal. Kalau awak guna duit tu utk belanja kan lebih baik..”
“Suka tak?”

Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati izam, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan izam masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan utk keluar bersama.

Izam menggangguk kecil. “Suka, tp kurang suka awk bazirkan duit utk saya. Well, jam ni utk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan la maira..”
Aku tersenyum memandang gelagat izam. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah rasa bagaimana susahnya utk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dgn kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?

“Awk, salah ke kalau saya hadiahkan something utk awk? Lagipun sepanjang kita berkawan, saya jarang kasi awk hadiah kan? Takpe la, nanti birthday awk saya kasi lagi ok?”
“Abis saya slalu ke kasi awk hadiah? Ok, hadiah ni saya terima sebagai hadiah hari lahir, tp saya tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga wak..”
Mata izam memandangku penuh makna. Akhirnya aku mengalah di hadapannya. Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat izam. Sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana izam sudah berada di tahun akhir, banyak kerja yang perlu diuruskan jd aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.

Jam tanganku sudah menunjukkan jam 8.30 mlm. Hari ini, 19 Jun, usia izam genap 23 tahun. Hari lahirnya yang kuraikan utk kali ke-2. Awal-awal lagi aku sudah menanti kedatangan izam utk menjemputku di rumah. Kami berjanji utk meraikannya di sebuah restoren seafood. Itu semuanya cadanganku, aku mahu izam sentiasa gembira kerana setiap kali dia tersenyum, senyuman itu cukup menenangkan. Izam tiba tepat pada masanya. Kami sedondon biru tanpa disengajakan, atau memang sudah jodoh? Aku tertawa sendiri.

Kereta yg dipandu izam meluncur laju menuju ke destinasi. Kami tak banyak bercakap kerana izam lebih menumpukan perhatian utk memandu. Malam ini kereta berpusu-pusu, mungkin malam minggu jadi org ramai mengambil kesempatan utk bersantai di tepi-tepi pantai. Izam memandangku sekilas, sempat aku melihat dia tersenyum manis. Ah, senyuman itu lagi..

” Jom, dah sampai. Awk turun dulu nanti saya follow, susah pulak nak cari parking. Takpe, saya parking jauh sikit..”

Aku menggeleng. “Saya ikut. Kita jalan sama-sama la, lagipun saya dah tempah meja so, don’t worry ok? Now, awk parking je kat depan tu..tu..”
Izam ketawa bila aku menjuihkan mulut ke arah parking yg kosong. Setelah meletakkan kereta kami sama-sama berjalan ke restoren itu. Aku sememangnya telah menempah meja yg terletak di hujung sudut restoren, betul-betul menghadap ke arah pantai. Agak romantik dan sesuai untuk kami berdua.

“Selamat hari lahir izam..ni utk awk, ikhlas daripada saya.” Sebuah bungkusan berbalut kemas aku serahkan kepada izam.

Izam memandangku agak serius. Aku tahu dia marahkan aku kerana melanggar permintaannya supaya tidak memberikan hadiah lain. Entah mengapa, aku betul-betul mahu hadiahi izam sesuatu, dan kali ini aku menghadiahkan sebentuk cincin silver untuknya. Izam masih seperti tadi, tiada tanda-tanda utk menghadiahkan senyumannya kepdaku seperti selalu.

“Awk..saya ikhlas ni..hari ni baru betul-betul birthday wak, hari tu hadiah kasih sayang je, ambik la wak..” Aku cuba memujuk. Nampaknya pujukkanku berkesan apabila izam sedikit tersenyum.
” Saya dah cakap, tak perlu hadiah wak..apa yg awak bagi selama ni pun dah cukup, kasih sayang, perhatian..hurm, memang degil. Awak igt saya nak biarkan awak je? Ni, utk awak..bukalah.”

Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku. Aku kaget, namun setelah didesak izam bungkusan itu bertukar tangan. Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya. Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan utk izam Cuma lebih kecil saiznya. Kubuka kotak itu, dan kali ini aku terharu. Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua. Cantik!

” Awak..”
” Awak pakai la..saya suka tgk awak happy. Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tgk awak..sepanjang masa. Kalau awak rindukan saya, tgk je gambar saya tu. Kalau saya pulak rindukan awak, hurm..saya nak buat apa ek?”
Aku ketawa. Izam betul-betul pandai mengambil hati.
“Kalau rindukan saya, awak senyumlah..”
“Senyum? Kenapa senyum?” Dia bertanya hairan.
Aku menarik nafas dalam-dalam. “Sebab senyuman awak tu saya boleh rasa. Setiap kali awk senyum, saya tahulah awk rindukan saya, ok?”
“hurm, macam ni?” izam menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yg pernah aku lihat di wajah izam. Tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum.

Tiba-tiba izam menepuk dahinya. “Saya tertinggal jam tangan tu dalam kereta la wak..saya pergi ambik kejap ya. Mana boleh tak pakai, hadiah special tu..”
“Ikhs..tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi? Kejap lagi la ek?” Aku cuba menghalangnya. Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu.

Izam berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku. Aku hanya mampu mengalah, izam terlalu sukar utk dihalang. Aku mengekori izam dgn pandanganku. Setelah kelibatnya hilang di celah-celah kereta yang berpusu, aku melihat loket itu sekali lagi. Kami memang padan, itu kata kawan-kawanku. Dan buktinya dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan. Aku melihat jam tanganku, sudah jam 9.30 mlm.
Beberapa buah kereta baru saja tiba dan diparkir berhampiran dengan restoren. Aku melemparkan pandangan ke arah jalan yang semakin sesak. Izam sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman lagi, malah lebih menawan. Aku membalas lambaiannya dan izam berlari-lari anak utk menyeberangi jalan. Malangnya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju melalui jalan itu.

DEBUMMMMM!!!!

Ketika itu segala-galanya berlaku terlalu pantas. Aku melihat tubuh izam melayang-layang sebelum jatuh ke atas sebuah kereta. Kemudian, tubuh yang sudah tidak bermaya itu tergolek jatuh di atas jalan raya. Izam cuba utk bangun, sedaya upaya digagahinya dan ketika itu juga sebuah kereta dari arah yang bertentangan merempuh laju tubuhnya. Izam terjatuh, malah tidak bergerak-gerak.

Dan aku? Aku kaku, tergamam dengan apa yg sedang berlaku. Aku betul-betul keliru. Setelah beberapa org mengerumuni tubuh izam yg sudah terbujur kaku itu barulah aku tersedar. Aku berlari pantas ke arah izam, keadaanya sangat parah. Aku sudah mula meraung ketika memangku kepalanya. Izam sudah tidak berdaya. Puas aku menjerit memanggilnya, dan izam akhirnya terus meninggalkan aku buat selamanya. Aku meratap, meraung sepuas-puas hati. Izam! Dan ditangannya, sebuah jam tangan yang berlumuran darah masih erat dipegang. Aku menatap wajah kaku izam, dan senyuman itu…senyuman terakhir itu juga pergi buat selama-lamanya…

Ahad, 23 Oktober 2011

Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang

Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia!!.. haha... sebelum nie Biel  pernah update pasal pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kan.. skrang nie kalau korang lalu dekat jambatan yg sedia ada tu.. korang akan nampak samar2 kat tengah laut ade cerucuk jambatan baru.. then dah nampak macam dah nak siap dah.. urhh.. x sabar den nak naik nye.. tngok je la pic nie..






Sabtu, 22 Oktober 2011

Hamster Punye Kisah




Hey korang.. bersua kembali dengan Biel dalam post yang lain pulak.. Biel pon dah lama tak update pasal hamster kan.. dekat bilik Biel  berbelas ekor hamster.. semua nya jenis Robovski.. kecik je… tapi garang ckit.. haha..  untuk korang yang tak tau pasal hamster nie elok lah Biel terangkan dulu apa sebenarnya menatang hamster nie..

Hamster nie kelihatan macam tikus.. tapi hanya memiliki satu je persamaan dengan tikus iaitu dua2 berasal dari keluarga Rodensia ataupun haiwan penggerit. Oleh tu hamster nie bukan jenis tikus tau, mahupun tikus import ke.. x dak kena mengena pon ok.. Hamter yang kelihatan macam tikus dengan mancung yang runcing dan badan panjang merupakan hamster yang kurang berkualiti..macam kacukan la jugak. Bentuk badan hamster yang sebenarnya dan berkualiti memiliki struktur tubuh dan wajah die yang berbeza skali.. tubuh hamster bulat tambah2 lagi kalau tuan dia bg 24 jam makan.. HAHA!! Macam Biel lah.. muncung hamster pon pendek ja dan ekor dia kecik dan kadangkala tersembunyi disebalik bulu hamster yang lebat.  Kalau cite bab jenis hamster ade 6 jenis je kat dunia ni.. tapi tak semua ada kat Malaysia.. yang ada kat Malaysia 4 jenis ja lah.. Korang tahu sejarah Hamster nie?? Cewaahh.. macam cikgu sejarah la pulak..

Hamster atau dalam bahasa saintifik nye Mesocricetus auratus.. adehh.. terbelik plak lidah den nak nyebutnya.. hamster nie ditemui pada tahun 1930 olej I. Aharoni, dia nie Prof. bahagian zoology dekat Universiti Hebrew, Jurusalem.. Ianya pertama kali ditemui di dalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir Aleppo, Siria. Oleh itu hamster nie di kenali  sebagai hamster siria @ syiria (sirian hamster). Mesocricetus auratus di dalam bahasa latin bererti tikus emas bersaiz sederhana.. dulu Biel bela hamster jenis nie.. yg best sangat pasal die terlalu jinak dan manja..  8 ekor waktu tuh.. last2 hantar kat kedai.. sebab makin bnyak beranak pinak.. hehehe.. korang kalau nak hamster beritau je kat Biel.. bagi free je.. janji korang jage elok2 arh..

Hamster pertama kali diperkenalkan kepada masyarakat umum dengan nama hamster emas (golden hamster) macam sirian hamster jugak lah..  nama nie berdasarkan warna hamster yang coklat keemasan. Tapi sekarang nie orang tak cakap la ‘hamster emas’.. kalau korang tanya la kat kedai pet.. habislah tercenggang tauke kedai tu.. HaHA!!..  sudah la ek.. Biel nak kena kluar dah nie.. nak pergi dating with my love.. haha.. bybye.. tata.. :P

Khamis, 20 Oktober 2011

Majlis Konvokesyen KPTM ke 28

Heyy! Assalamulaikum korang.. sorry2.. sebab dah berapa hari tak update blog seperti yg Bil janji sebelum nie..masih dalam keadaan keletihan balik dari Putrajaya sebab Bil pergi convo lah.. so sekarang nie saya bergelar seorang graduan.. cewahhh!.. ayat tak boleh blah.. Alhamdulillah kami 4 beranak.. abah.. mak.. Bil ngan adik selamat sampai kat sana.. tp Bil datang awal hari Khamis sebab jumpe buah hati pengarang jantung hati saya... HAHAHAHA!..  siap papa mentua datang amik okeh..! gelabah biawak kejap waktu tu.. apa pon thanks to my syg WL sebab teman I waktu datang KL then u jd driver I lagi sampai temankan I pergi Putrajaya.. Thankss.. Luv U lah! <3





nak Smurf..! tp mak dah beli angry birds.. hahaa



Selasa, 11 Oktober 2011

Perginya Seniman Ahmad Jais (al-Fatihah)


Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Antara lagu yang aku suka..





AL-FATIHAH

frames

Ahad, 9 Oktober 2011

Cinta Elysa

Macam mana la Bil boleh terjebak tengok drama nie.. mungkin pasal hero dia yg hensem dengan heroin dia yg kontroversi tu kot.. haha.. perwatakan diorang memang menarik sampai aku yang mengantuk awal pon sanggup tunggu nak tngok punya pasal.. mak aku siap bising lagi "pandai la depa buat drama nie sampai anak aku tak jadi tido"... haha.. mak aku membebel sebab aku dah mengantuk but still tahan mata lagi... lagu nie pon best jugak.. macam tak percaya Stacy yg menyanyi sebab dia kan slalu bawak lagu yg rentak gile2 punya... tp bila dia bawak lagu nie cukup mencairkan aku.. haha.. sudah2!.. layan je la.. ;)


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Sabtu, 8 Oktober 2011

Analisis Bajet 2012


Fuh..! tajuk dia memang gempak 'Analisis Bajet 2012'... haha.. macam pakar ekonomi plak aku nie.. hishh.. tak lah nak share dengan semua mengenai pendapat aku pasal bajet yang dibentang oleh PM kita semalam.. dari pandangan otak pemikiran Bil ler kan.. bajet kali nie merangkumi semua peringkat umur dari kecik sampai la ke besar panjang... tapi tu la kan manusia.. apa yang orang buat semua dia cakap tak betul.. dia je betul memanjang.. maklumlah 'Anugerah Tuhan' la katakan... apa pon kat bawah nie ringkasan pendek je ape yg PM bentang smlam..

·         Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.  Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.  Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
 RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Khamis, 6 Oktober 2011

Last Day at MPH Bookstore

Today last day Bil keje kat MPH Bookstore Gurney Plaza... hmm.. terharuuuu.. terkilann.. semua ada.. Firstly thanks uolsss sebab terima Bil keje kat situ.. banyak pengalaman Bil dapat kat situ.. tapi dalam banyak2 kerja yang kena buat paling Bil tak suka kena layan kerenah customer.. kalau customer tu baik hati memang best layan.. tapi kalau yang hampeh tu.. macam nak pelempang je.. apa pon thanks sangat2 terutamanya Kak Siti.. memang best keje dengan akak.. Bil anggap macam akak sendiri dah.. maaf ye akak sebab tak dapat tolong akak lagi pasnie.. kalau dulu bole la saya tolong susun buku kat Mutiara Minda tu.. tapi besok dah tak dah keje tu semua.. sorry akak.. saya rasa bersalah sangat kat akak.. insyAllah kalau ada masa sy datang la jenguk akak.. hmmm rindu la pasnie.. nak speaking dengan customer walaupuun kadang2 tu macam ayam dengan itik cakap... haha.. mana la tak nye kalau mat salih yang cakap slang berbelit2 tu.. 

dapat cake.. sedap sangatt.. thanksss!

department paling Bil suka.. sebab kaki novel la katakan..

enquiry counter....

cashier paling best.. kak erin..! simpan gosip tu baik2 ok.. haha
kita dua ja tau ok..





Rabu, 5 Oktober 2011

5 Ogos / 5 Sept / 5 Oktober

5 Ogos / 5 Sept / 5 Oktober..... haha.. habis la tertanya-tanya korang.. 2 bulan sudah berlalu aku dan dia.. 


Selasa, 4 Oktober 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
repeat reff
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


psttttt! korang.. hehe.. sebenarnya lagu nie terlalu menyentuh perasaan aku sebab lirik die memang dah kena kat batang hidung nie.. haha.. ape pon hati mana yg x kecewa bile dapat tau cinta hati dia milik orang.. kesian cinta bertepuk sebelah tangan je bro.. apa bole buat.. makan hati je la


Isnin, 3 Oktober 2011

Kau Yang Ku Sayang


Buat 'Kawan' dunia akhirat..
maafkan aku..
tak bermakna Bil tak mesej..
Bil dah lupakan 'persahabatan' kita
sebab Bil terlalu sayangkan kau 'kawan'

kau ingat 'kawan'?
Bil pernah bilang
yang Bil sebenarmya terlalu sayangkan kau lebih dari itu..
tapi ntah di mana silapnya
kini kau adalah milik orang lain..
bukan milik aku..!!

kau ingat 'kawan'?
kau pernah tanya pada hati Bil..
boleh kah Bil penuhi permintaan kau..
rumah.. kereta dan segalanya..
Bil jawab lebih dari itu sanggup ku tunaikan..
meskipun hati dan nyawa Bil korbankan

sampai bila Bil tak kan lupakan kau..
perasaan Bil macam dulu.. 
tak kan pernah luntur walau sejengkal..
tak kan berubah walau sekali air bah.. 
tak kan hilang walau sesaat..
semuanya untuk kau 'kawan'


opsss! x de kena mengena ehh.. saja nak feeling gila ba....!! hahaha.. sudah2.. tengah cari idea nak buat cerpen sedih gitu.. tunggu lah  k..  bybye.. muah2!.. gila btul la malam nie..

Ahad, 2 Oktober 2011

Stop Ber 'Muka Buku'

 Hey korang..! rindu gila nak ber blog.. dah lama aku tak ber blog nie sejak habis study haritu.. tapi insyAllah aku 24 hours mengadap blog je.. hehe.. post aku untuk kali nie pasal aku dah stop ber facebook.. ntahlah sebenarnya aku sakit hati.. kecewa...terkilan.. semua lahh..  saja aku deactive fb nak ubatkan hati aku nie yang tengah berduka lara.. menitis air mata.. cewahhh.. aku try cari kawan baru kat blog plak.. lagipon waktu aku tngah taip nie pon aku dapat sorang kawan baru.. kenal kat ym je.. tp yg peliknye tang mana la dia dpt id aku.. siap gtau die follower blog aku.. hehe.. thanks okeh..

Cite lain plak aku dah 4 bulan keje kat MPH Bookstore... kat Gurney Plaza.. tp next week aku dah last keje kat situ.. serba salah jugak sebab best sangat kerja kat sana macam satu kerluarga dah.. bnyak ilmu dan pengalaman aku dapat.. apa pun terima kasih daun keladi ye.. stakat nie je kot aku taip.. jgn risau.. skrang nie aku akan ber'blog je ok.. bybye.. ;)

Isnin, 29 Ogos 2011

Raya Merdeka

Selamat Menyambut Raya Merdeka..!! ikhlas dari aku Nabil Fikri

(klik untuk lebih besar)

Ahad, 28 Ogos 2011

Aku Sayang Kau...!


Aku sepatutnya terima kenyataan yang kau milik orang... hmm.. tapi aku tak terdaya nak terima kenyataan tuh.. aku tak kuat nak terima semuanya.. kau tahu kan sebelum nie macam mana mengharapnya aku kat kau.. tiap-tiap hari aku mesej kau.. call kau.. tapi lepas nie mungkin tak boleh lagi sebab kau dah milik orang.. waktu tuh aku selalu tunggu kau bila mesej.. aku rindu bila kau mesej "bil letrik?? bil air??" aku rindu gelak tawa kau sebab bagi aku kau selalu sahaja mencuit hati aku.. kau selalu saja buat aku gembira.. kau bagai pengubat rindu aku..

Kau ingat lagi tak waktu perkenalan kita?? kau muncul sewaktu aku dalam kesedihan.. aku ingat lagi waktu tuh.. kau cakap 'life must go on, kau x bole cepat give up nabil' waktu tuh aku rasa sedih tp bila kau selalu saja beri semangat kat aku.. aku kuatkan semangat aku.. sebab aku ada kau.. tapi hari nie kau tak dak lagi.. kau milik orang.. aku ingat lagi ape kau cakap ' cinta ni bukan yg kite kena grab baru dpt, tp bila kita mengharap, kita  usaha.. baru kita dpt.. tu nama dia cinta kan nabil.. ' tapi aku buat macam kau cakap.. aku sentiasa mengharap cinta kau.. berusaha pon aku buat.. selalu saja aku cakap pasal perasaan aku kat kau.. tapi kau selalu bilang 'tunggu hati ini bil'.. 

Kau nak tahu sikap aku?? perangai aku selalu mengharap.. macam masuk competition la....  kawan-kawan selalu pesan jangan terlalu mengharap nant bila hang tak dapat apa yang hang nak.. mesti kecewa gila.. Macam tu la jugak bila aku mengharap kasih kau.. kau nak tahu? aku selalu mengharap satu hari aku akan dapat kau.. tapi takdir telah menentukan kau bukan milik aku.. kau milik dia.. hmmmmm.... Semalam kita ada mesej kan? kau ingat aku ada cakap kat kau yg aku dah boleh terima kenyataan bahawa antara kita hanyalah sekadar kawan.. sebenarnya aku tipu kau.. aku tak sanggup kehilangan kau.. aku saja bagitau macam tu sebab aku tak mau kau tertekan pasal aku lagi..

Sebelum nie aku penah cakap kat kau aku sanggup buat apa sahaja yang kau nak.. kau ingat?? kau penah tanya kan dekat aku.. pastu aku jawab kau mintak lah ape pon.. nyawa aku pon sanggup bagi kalau kau mintak.. tapi kau tak percaya kat aku.. aku betul-betul sayang kau.. sampai kau mintak aku pos barang yang kau mintak tu pon aku pos.. aku ikhlas dan aku tak penah mintak balasan ape kat kau.. sebenarnya barang yang aku pos tu sebagai tanda kasih aku kat kau.. tapi aku rasa lupakan je.. kau anggap lah barang tu tanda persahabatan kita ok..dan kau abaikan kad yang aku hantar tu.. sebabbb.. urmmmm... walaupun payah aku nak terima kenyataan yang sebenarnya cinta aku bertepuk sebelah tangan tapi insyAllah.. kau doakanlah kekuatan buat aku.. urm.. aku doakan kat kau semoga bahgia dengan insan yang kau sayang.. lastly.. aku rindu kau Dunkin..!!!!  :'(  lagu yang kau dengar tu untuk kau.. tak pon kau on la speaker kau tu.. huhu :(


Ahad, 5 Jun 2011

Anda alami obesiti???


Jom2 semua kite pakat2 kira BMI 


Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi

Indeks Jisim Tubuh :
Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian

Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m

Mula-mula kalikan atau darabkan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336

Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan

BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6


Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obese

Selamat Mecuba


Istikharah Cinta

ape pon lagu nie memang best..... sedap didengar... isi lagu pon ade makna tersirat di sebalik nye... 


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Sabtu, 4 Jun 2011

Jangan Seksa Lelaki..!



Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah. Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

renung-renungkan wahai wanita di luar sana..jgn jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yg tergadai.

Aku copy & paste je nie.. tp kalau difikir2 kan.. dua2 salah... yg perempuan terhegeh2 pakai baju ketat+padat+sendat..! haha.. yg laki pulak naik hantu bile nampak pompuan yg cam nie.. mata keranjang la katakan.. huhu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...