Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Jumaat, 21 Januari 2011

Tiada Lagi Namanya Sahabat

Buat sahabatku Allahyarham Saffuan & Allahyarham Zulfikri
nukilan-nabil fikri

Berakhirnya sebuah hidup
tiada lagi gelak tawanya…
senyumanya…..dan wajahnya
meninggalkan kenangan-kenangan yang pernah ada

begitu kental melekat dihati ini……
hari-hari yang terindah
kita semua lalui bersama-sama
tak akan hilang walau sekali air bah
tak kan bisa terlupakan dan tergantikan


Masih ingatkah lantunan suaranya….
Skuad…skuad sedia!
memecah kesunyian di pagi yang hening
Masih terngiang lagi suara itu
kenangan kita semua pastinya tersemat di lubuk sanubari
Tap tap , tap tap
Bunyi sepatu kawad
Kanan kiri kanan…
Langkah kaki digerak
Mengikut arahan
Suara arwah Saffuan
dialah Ketua platun KRS
Luhur budinya tiada pengganti
Ingatan hafazan Al-Quran
Kepimpinannya
Tiada tandingan
Namun percayalah
Ada yang lebih menyayangi


Tiada lagi namanya sahabat..
orangnya seperti namanya
Zulfikri…berjiwa lembut
penuh dengan kesopanannya
senyuman tawanya pasti menghiburkan hati
dari anak matanya terpancar ketabahan itu..
menutup segala penderitaan dihadapi
…..komplikasi buah pinggang
melihat ketabahannya mengajar aku..
erti sebuah kehidupan..
tapi seribu kali sayang..
dia pergi buat selamanya
bersama segala kenangan yang ada
yang pasti memori itu terus bersemadi


sedih hati ini bila diingatkan
rasanya baru semalam kita ketemu
semoga aman dan bahgialah sahabat disana
hanya setangkai doa dan Al- fatihah dapat kuberi
moga kau disana bersama orang yang soleh
buat kau yang bergelar sahabat


kini tiada lagi namanya sahabat
kau telah terbujur kaku diselimuti selembar kain putih
tanpa sedikit noda pun yang terlekat….
hanya doa-doa yang akan selalu terdengar….
mengiringi setiap jengkal tidurmu yang lelap
tempat tidurmu adalah singgahsana beralaskan tanah merah
sunyi tanpa satu suara pun terdengar….
pergilah..pergilah wahai sahabatku……
tidurlah…tidurlah dengan tenang dan damai…
disisi sang pencipta…..

AL-FATIHAH




Allahyarham Saffuan Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...