Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Ahad, 23 Januari 2011

5 Pulau Yang Tercantik di Malaysia


PULAU SIPADAN
                                                          


Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba.. mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009. aku teringin sangat nak p pulau nie.. yew la.. da nama pon bukan saja pulau tercantik di Malaysia.. tapi antara yang tercantik di Dunia!!.. sape yang x nak kan?? hehe.. kalau korang nak p.. ajak la aku sekali.. hehe..Mengikut cerita yang yang aku dengar dari insan-insan yang pernah pergi kesana, pulau ini begitu terkenal di kalangan pencinta aktiviti skuba adalah kerana struktur pulau ini sebenarnya melalui dasarnya itu seperti bentuk cendawan..






PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor.. pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.. bila la agak nya bole p sana.. hehe




PULAU LANGKAWI



Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan sebagainya lagi.. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark. Untuk maklumat tambahan, Langkawi juga merupakan antara pulau pelancongan yang agak besar.. mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan yang paling penting adalah servis gondola atau lebih dikenali sebagai kereta kabel.. Pulau Langkawi ni adalah pulau yang selalu aku p.. hehe.. kat sini memang best.. selalu aku pegi bukannya beli apa pon.. beli coklat!!.. haha.. i like coklat!!
 



PULAU REDANG




Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia.. pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini..Merupakan tempat atau syurga bagi penggemar duni skuba. oh...jadi sapa yang minat nak menyelam nie bole la p.. aku nie x bole sebab x pandai nak menyelam.. hahaha..




PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

1 ulasan:

  1. owh.....tgh plan nak ke pulau2 kat malaysia nih....mcm best je pulau perhentian

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...