Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Isnin, 24 Januari 2011

Pasemboq Padang Kota !!!


Salammm… Oh!! Antara makanan kegemaran aku… lapar pulak.. hehe. Ok.. untuk slot Story Makan yang pertama aku.. nak berkongsi cerita pasal makanan kegemaran aku nie.. Pasembur dekat Padang Kota!! Kalau loghat penang cakap pasemboq..  setiap kali aku balik penang.. mesti aku ajak family aku, tak pun membe2 pegi padang kota. Maklum la aku nie memang suka makan… hehe. Buat masa nie la kan.. tempat yang paling sedap nak makan pasembur kat Penang satu tempat jew.. semestinya Pasembur Padang Kota lar.. lagipun banyak gerai yang yang jual pasembur kat sini.. Cuma kita kena pandai pilih jewla.. Cerita pasal pasembur padang kota.. mungkin ramai yang tak tahu asal usul pasembur.. ataupun sejarah pasembur nie.. cewahhh!!! Jadi pakar sejarah pulak nie.. 



Kalau korang nak tahu Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. Kesemua bahan nie dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate… memang sedapppppp!!.. hehe.  Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang.




Secara tradisi atau sebelum nie para penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Tidak seperti sekarang kebanyakan pasembur di jual di gerai yang lebih besar seperti dijual di kedai nasi kandar… Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas. Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut. Tapi bagi aku siang ke malam kew.. aku makan jew.. hahaha…. Kalau korang datang penang, ajak la aku ek.. hehe.. aku pon nak makan jugak.. oke.. bye2.. tata.. wsalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...