HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH
Karya- Nabil & Cikgu Faizi
Sempena Pertandingan Puisi Anti Dadah Peringkat Negeri Pulau Pinang
Dadah
Engkaulah musuh durjana manusia
Perosak bangsa
Pemusnah Negara
Telah sekian lama
Belenggu ini memenjarakan mereka
Walau keceruk mana sekalipun
Namun belenggu ini tidak pernah terungkai ikatannya
Oleh kerana terjalinnya nafsu
Disulami khayalan mimpi dan angan-angan
Diselimuti keseronokan dunia
Dikemudi oleh syaitan
Disatu sudut yang gelap kelam
Terlihat sekujur tubuh
Menggigil layu dan lesu
Menanti saat kehabisan waktu
Wahai bangsaku bukakan matamu
Singkirkan segala belenggu yang ada disitu
Ayuh bangsaku bersatu seirama
Hidup cemerlang tanpa dadah
Perkasakanlah minda penyumbang ummah
Kekuatan diri pujangga abadi
Moga hidup kita diberkati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan