Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Ahad, 23 Oktober 2011

Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang

Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia!!.. haha... sebelum nie Biel  pernah update pasal pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kan.. skrang nie kalau korang lalu dekat jambatan yg sedia ada tu.. korang akan nampak samar2 kat tengah laut ade cerucuk jambatan baru.. then dah nampak macam dah nak siap dah.. urhh.. x sabar den nak naik nye.. tngok je la pic nie..






Sabtu, 22 Oktober 2011

Hamster Punye Kisah




Hey korang.. bersua kembali dengan Biel dalam post yang lain pulak.. Biel pon dah lama tak update pasal hamster kan.. dekat bilik Biel  berbelas ekor hamster.. semua nya jenis Robovski.. kecik je… tapi garang ckit.. haha..  untuk korang yang tak tau pasal hamster nie elok lah Biel terangkan dulu apa sebenarnya menatang hamster nie..

Hamster nie kelihatan macam tikus.. tapi hanya memiliki satu je persamaan dengan tikus iaitu dua2 berasal dari keluarga Rodensia ataupun haiwan penggerit. Oleh tu hamster nie bukan jenis tikus tau, mahupun tikus import ke.. x dak kena mengena pon ok.. Hamter yang kelihatan macam tikus dengan mancung yang runcing dan badan panjang merupakan hamster yang kurang berkualiti..macam kacukan la jugak. Bentuk badan hamster yang sebenarnya dan berkualiti memiliki struktur tubuh dan wajah die yang berbeza skali.. tubuh hamster bulat tambah2 lagi kalau tuan dia bg 24 jam makan.. HAHA!! Macam Biel lah.. muncung hamster pon pendek ja dan ekor dia kecik dan kadangkala tersembunyi disebalik bulu hamster yang lebat.  Kalau cite bab jenis hamster ade 6 jenis je kat dunia ni.. tapi tak semua ada kat Malaysia.. yang ada kat Malaysia 4 jenis ja lah.. Korang tahu sejarah Hamster nie?? Cewaahh.. macam cikgu sejarah la pulak..

Hamster atau dalam bahasa saintifik nye Mesocricetus auratus.. adehh.. terbelik plak lidah den nak nyebutnya.. hamster nie ditemui pada tahun 1930 olej I. Aharoni, dia nie Prof. bahagian zoology dekat Universiti Hebrew, Jurusalem.. Ianya pertama kali ditemui di dalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir Aleppo, Siria. Oleh itu hamster nie di kenali  sebagai hamster siria @ syiria (sirian hamster). Mesocricetus auratus di dalam bahasa latin bererti tikus emas bersaiz sederhana.. dulu Biel bela hamster jenis nie.. yg best sangat pasal die terlalu jinak dan manja..  8 ekor waktu tuh.. last2 hantar kat kedai.. sebab makin bnyak beranak pinak.. hehehe.. korang kalau nak hamster beritau je kat Biel.. bagi free je.. janji korang jage elok2 arh..

Hamster pertama kali diperkenalkan kepada masyarakat umum dengan nama hamster emas (golden hamster) macam sirian hamster jugak lah..  nama nie berdasarkan warna hamster yang coklat keemasan. Tapi sekarang nie orang tak cakap la ‘hamster emas’.. kalau korang tanya la kat kedai pet.. habislah tercenggang tauke kedai tu.. HaHA!!..  sudah la ek.. Biel nak kena kluar dah nie.. nak pergi dating with my love.. haha.. bybye.. tata.. :P

Khamis, 20 Oktober 2011

Majlis Konvokesyen KPTM ke 28

Heyy! Assalamulaikum korang.. sorry2.. sebab dah berapa hari tak update blog seperti yg Bil janji sebelum nie..masih dalam keadaan keletihan balik dari Putrajaya sebab Bil pergi convo lah.. so sekarang nie saya bergelar seorang graduan.. cewahhh!.. ayat tak boleh blah.. Alhamdulillah kami 4 beranak.. abah.. mak.. Bil ngan adik selamat sampai kat sana.. tp Bil datang awal hari Khamis sebab jumpe buah hati pengarang jantung hati saya... HAHAHAHA!..  siap papa mentua datang amik okeh..! gelabah biawak kejap waktu tu.. apa pon thanks to my syg WL sebab teman I waktu datang KL then u jd driver I lagi sampai temankan I pergi Putrajaya.. Thankss.. Luv U lah! <3





nak Smurf..! tp mak dah beli angry birds.. hahaa



Selasa, 11 Oktober 2011

Perginya Seniman Ahmad Jais (al-Fatihah)


Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Antara lagu yang aku suka..





AL-FATIHAH

frames

Ahad, 9 Oktober 2011

Cinta Elysa

Macam mana la Bil boleh terjebak tengok drama nie.. mungkin pasal hero dia yg hensem dengan heroin dia yg kontroversi tu kot.. haha.. perwatakan diorang memang menarik sampai aku yang mengantuk awal pon sanggup tunggu nak tngok punya pasal.. mak aku siap bising lagi "pandai la depa buat drama nie sampai anak aku tak jadi tido"... haha.. mak aku membebel sebab aku dah mengantuk but still tahan mata lagi... lagu nie pon best jugak.. macam tak percaya Stacy yg menyanyi sebab dia kan slalu bawak lagu yg rentak gile2 punya... tp bila dia bawak lagu nie cukup mencairkan aku.. haha.. sudah2!.. layan je la.. ;)


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Sabtu, 8 Oktober 2011

Analisis Bajet 2012


Fuh..! tajuk dia memang gempak 'Analisis Bajet 2012'... haha.. macam pakar ekonomi plak aku nie.. hishh.. tak lah nak share dengan semua mengenai pendapat aku pasal bajet yang dibentang oleh PM kita semalam.. dari pandangan otak pemikiran Bil ler kan.. bajet kali nie merangkumi semua peringkat umur dari kecik sampai la ke besar panjang... tapi tu la kan manusia.. apa yang orang buat semua dia cakap tak betul.. dia je betul memanjang.. maklumlah 'Anugerah Tuhan' la katakan... apa pon kat bawah nie ringkasan pendek je ape yg PM bentang smlam..

·         Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.  Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.  Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
 RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Khamis, 6 Oktober 2011

Last Day at MPH Bookstore

Today last day Bil keje kat MPH Bookstore Gurney Plaza... hmm.. terharuuuu.. terkilann.. semua ada.. Firstly thanks uolsss sebab terima Bil keje kat situ.. banyak pengalaman Bil dapat kat situ.. tapi dalam banyak2 kerja yang kena buat paling Bil tak suka kena layan kerenah customer.. kalau customer tu baik hati memang best layan.. tapi kalau yang hampeh tu.. macam nak pelempang je.. apa pon thanks sangat2 terutamanya Kak Siti.. memang best keje dengan akak.. Bil anggap macam akak sendiri dah.. maaf ye akak sebab tak dapat tolong akak lagi pasnie.. kalau dulu bole la saya tolong susun buku kat Mutiara Minda tu.. tapi besok dah tak dah keje tu semua.. sorry akak.. saya rasa bersalah sangat kat akak.. insyAllah kalau ada masa sy datang la jenguk akak.. hmmm rindu la pasnie.. nak speaking dengan customer walaupuun kadang2 tu macam ayam dengan itik cakap... haha.. mana la tak nye kalau mat salih yang cakap slang berbelit2 tu.. 

dapat cake.. sedap sangatt.. thanksss!

department paling Bil suka.. sebab kaki novel la katakan..

enquiry counter....

cashier paling best.. kak erin..! simpan gosip tu baik2 ok.. haha
kita dua ja tau ok..





Rabu, 5 Oktober 2011

5 Ogos / 5 Sept / 5 Oktober

5 Ogos / 5 Sept / 5 Oktober..... haha.. habis la tertanya-tanya korang.. 2 bulan sudah berlalu aku dan dia.. 


Selasa, 4 Oktober 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
repeat reff
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


psttttt! korang.. hehe.. sebenarnya lagu nie terlalu menyentuh perasaan aku sebab lirik die memang dah kena kat batang hidung nie.. haha.. ape pon hati mana yg x kecewa bile dapat tau cinta hati dia milik orang.. kesian cinta bertepuk sebelah tangan je bro.. apa bole buat.. makan hati je la


Isnin, 3 Oktober 2011

Kau Yang Ku Sayang


Buat 'Kawan' dunia akhirat..
maafkan aku..
tak bermakna Bil tak mesej..
Bil dah lupakan 'persahabatan' kita
sebab Bil terlalu sayangkan kau 'kawan'

kau ingat 'kawan'?
Bil pernah bilang
yang Bil sebenarmya terlalu sayangkan kau lebih dari itu..
tapi ntah di mana silapnya
kini kau adalah milik orang lain..
bukan milik aku..!!

kau ingat 'kawan'?
kau pernah tanya pada hati Bil..
boleh kah Bil penuhi permintaan kau..
rumah.. kereta dan segalanya..
Bil jawab lebih dari itu sanggup ku tunaikan..
meskipun hati dan nyawa Bil korbankan

sampai bila Bil tak kan lupakan kau..
perasaan Bil macam dulu.. 
tak kan pernah luntur walau sejengkal..
tak kan berubah walau sekali air bah.. 
tak kan hilang walau sesaat..
semuanya untuk kau 'kawan'


opsss! x de kena mengena ehh.. saja nak feeling gila ba....!! hahaha.. sudah2.. tengah cari idea nak buat cerpen sedih gitu.. tunggu lah  k..  bybye.. muah2!.. gila btul la malam nie..

Ahad, 2 Oktober 2011

Stop Ber 'Muka Buku'

 Hey korang..! rindu gila nak ber blog.. dah lama aku tak ber blog nie sejak habis study haritu.. tapi insyAllah aku 24 hours mengadap blog je.. hehe.. post aku untuk kali nie pasal aku dah stop ber facebook.. ntahlah sebenarnya aku sakit hati.. kecewa...terkilan.. semua lahh..  saja aku deactive fb nak ubatkan hati aku nie yang tengah berduka lara.. menitis air mata.. cewahhh.. aku try cari kawan baru kat blog plak.. lagipon waktu aku tngah taip nie pon aku dapat sorang kawan baru.. kenal kat ym je.. tp yg peliknye tang mana la dia dpt id aku.. siap gtau die follower blog aku.. hehe.. thanks okeh..

Cite lain plak aku dah 4 bulan keje kat MPH Bookstore... kat Gurney Plaza.. tp next week aku dah last keje kat situ.. serba salah jugak sebab best sangat kerja kat sana macam satu kerluarga dah.. bnyak ilmu dan pengalaman aku dapat.. apa pun terima kasih daun keladi ye.. stakat nie je kot aku taip.. jgn risau.. skrang nie aku akan ber'blog je ok.. bybye.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...