Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Sabtu, 30 April 2011

Aku Berhenti Blogging..????


ASSALAMULAIKUM.....HEY KORANG..! AKU BERHENTI BLOGGING??? YE.. BTUL TU.. TP SEMENTARA JE.. SEBAB AKU NAK FOKUSKAN UNTUK FINAL EXAM PERTENGAHAN BULAN 5 NIE.. AKU HARAP KORANG SETIA LAGI YE DENGAN BLOG AKU NIE.. TAPI AKU STILL ONLINE FB DAN YM.. KALAU KORANG NAK CHAT.. OKE JE.. RASANYA TAK SAMPAI SEBULAN JE KOT AKU BERHENTI BERBLOGGING.. SO KORANG YANG NAK AMIK EXAM PON GOOD LUCK JUGAK TAU.. DOAKAN KEJAYAAN KITA SEMUA K.. BYE.... WSALAM.. AKU AKAN SENTIASA MERINDUI KORANG....! ( SEDIH KEJAP) HUHUHU

Rabu, 27 April 2011

Kisah Benar Seorang Perogol..!!



Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik. Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu. Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu. Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki. Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi. Kesimpulannya jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah. Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.

Terdapat satu hadis yang bermaksud : Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk, Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk

Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt, Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya. Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya, Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya. Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Selasa, 26 April 2011

Jubah Buat Ibu



semasa korang baca cerpen ni.. lg best kalau dengar lagu kat atas nie.. Kasihnya Ibu..





"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Sayangilah ibu korang.. selagi Dia ada disisi.. 

Bukan karya aku.. 

Isnin, 25 April 2011

5 Cara Pilih Sahabat..




Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


RENUNG-RENUNGKANLAH ..

Aku mencari sahabat yang sejati.... hurmmmmmm... tapi masih belum kutemu...

Ahad, 24 April 2011

Foto Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Noor Dayana

Selamat pengantin baru..! Majlis pertunangan ni telah berlangsung pada 23 April 2011 pada jam 9.25 pagi. Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah. Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim

Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.



Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata


Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan


Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua


Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar



Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu



Jumaat, 22 April 2011

Mengapa Piring 'Astro' Menghadap Kiblat?



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.




"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
                                          
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Khamis, 21 April 2011

Kisah Si Pencuri Kain Kafan



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," 

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Sekian Wallahualam...

Isnin, 18 April 2011

Jambatan Pulau Pinang ke-2




Pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua yang dijangka siap pada tahun 2013 pastinya akan menjadi sejarah pembinaan struktur projek mega terbesar di Malaysia.. dan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi antara penduduk di pulau dan tanah seberang.. Pastinya jambatan ini lebih unik dari sebelum ini.. antaranya akan menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.. Kawasan Rehat dan Rawat lebuhraya terapung yang pertama di Malaysia.. 

Jambatan Kedua Pulau Pinang  ialah sebuah jambatan baru yang berada dalam pembinaan di Pulau PinangMalaysia. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2011. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.

Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini. Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.

Pada Ogos 2006kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad BadawiSelepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltddan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2011. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008.











Sabtu, 16 April 2011

Kaki Novel - Cucur Bawang & Kopi 'O'


Hey..! Assalamualaikum... perhhhh.. lepas nie baru lar bole baca novel balik.. sebab aku pon dah abis practical.. so cuti dalam sebulan sambil2 study tu.. bole lar baca novel.. Novel yang aku nak share ngan korang nie antara novel yang popular kat MPH.. iaitu novel Cucur Bawang & Kopi O' karya saudara Hasrudi Jawawi.. sebenarnya aku beli dalam 2-3 minggu yang lepas.. tak ingat dah.. huhu.. Kebetulan dekat Popular Star Parade ada buat Book Fair.. so aku pon amik la kesempatan cari novel nie sebab banyak tempat yang aku cari semua habis stok.. aku beli dengan harga dalam RM20.00 sebab dapat diskaun.. so tips aku korang kena serbu kalau ada potongan harga kat mana2 kedai buku.. harga asal novel nie RM25.90 je.. so korang yang mana dekat dengan PWTC Kuala Lumpur.. pakat2 lar serbu kat sana pada 22 April-1 Mei 2011.. ruginyeeee aku!.. awat la buat jauh sangat.. malas nak p.. huhu..

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah...

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


Blog Novelis.. Hasrudi Jawawi...


Jumaat, 15 April 2011

Miss Malaysia Pahang??

Kalau tak silap video Miss Malaysia Pahang nie memang dah lama dekat internet.. jap2.. tengah konfius nie.. Miss ke? ntahlar nak cakap ape dah.. masing2 ada pendapat sendiri kan.. so layan jew la video nie.. 
aku tengah konfius lg nie... siap ada 'SUAMI' ?? what?? 

Nuffnang RM3.25 ??

Klik gambo untuk lg besar..!

Akuan Nuffnang aku RM3.25 sen je? hahaha.. tak pe2.. sabo jew la.. rajin2 kan diri korang klik la iklan Nuffnang tu ok..

Balasan Tak Solat..!!




Assalamualaikum korang..! ish2.. aku rindu & syg kat korang ketat2.. tak puas membebel semalam.. hehehe... almaklumlar 2 minggu blog nie diam seribu bahasa kan2?.. jap2.. korang nie da solat Isyak kew nie? nak masuk pkul 12 lebih dah nie.. pegi solat dulu klu tak solat.. pastu sambung balek baca entry nie ok.. citer bab solat nie.. sebagai seorang Islam kita diwajibkan solat lima waktu.. berdosa sapa yg tinggal solat nie.. aku nak bg peringatan buat korang semua dan diri aku jugak.. sebab aku pon kadang2 tuh tinggal solat jugak.. tp macam mana pon jangan tinggalkan solat tau.. korang tau tak apa balasannye bila kita tinggalkan solat? tak tau.. jom baca entry bawah ni plak..


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"


Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."


Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Sekian.. segala yg baik itu datangnya dr Allah.. dan buruk itu datangnya dr hamba yg lemah ini..


Khamis, 14 April 2011

Aku Kembali..!!



Hey korang..!! Assalamualaikum semua…. Rindunyerrrrrrrrrrrrrrr… haha. Dah 2 minggu x berblogging nie.. rindu kat korang ketat2.. gedik plak.. hehe.. aku tak update pon pasal kena siapkan laporan practical aku.. so banyak la nak siapkan sebelum hari terakhir aku kat ofis.. ade jugak followers blog tanya aku.. tak update blog ke? Sory la sangat-sangat sebab tak boleh nak update blog.. aku update status kat Facebook & Twitter je.. hehe..
Untuk pengetahuan korang.. hari nie last day aku practical kat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).. memang sedih sangat sebab semua staff memang sentiasa buat aku ketawa tak kering gusi.. selamat tak menitis air mata jantan aku td.!! Haha . Bukannye ape.. ade la jugak staff yg sedih pasal kitorang da abis practical... aku pon sebak la jugak, cuma x nak tunjuk depan2 jew.. ceq malu!! Haha.. sepanjang 3 bulan kat sana banyak yang aku dapat belajar perkara baru.. antaranya pasal nak bina sistem online nie.. hehe.. best la jugak walaupun mula2 tuh aku baru nak merangkak.. kitorang guna software Macromedia Dreaweaver dgn Xampp.. Alhamdulillah.. semua dah siap.. Sistem e-Aduan ..! projek akhir aku & Farah.. mmg tabik la kat dia sebab cekap belajar.. aku pon selamat la ade dia jd membe projek.. selamat.. hehe.. Thanks Farah..!
Ish…! Aku sedih lg lar… huhu..  tapi tak pew.. satu hari nant aku jenguk la staff kat sana.. Hari sabtu nie dah nak balik Penang.. rindu family lar.!!! Syg mak!! Abah!! Adik!! Hehe.. tapi yang menjadi masalahnye hamster-hamster aku yg 6 ekor semuanye.. tadi lepas balik keje sempat singgah kedai pets.. aku tanya kalau nak jual hamster diorang ambik tak? diorang cakap ambik.. so aku nak bagi 4 ekor jew.. yg 2 ekor lagi tu sepasang ingat nak bawak balik penang.. lepas tu nak beli hamster yang jenis lain plak..! tambah koleksi.. sebenarnya aku geram tngok Sugar Glider.. nak beli tapi mahal sangat sampai RM280.. hurmmmm.. kena tunggu aku keja dulu la kot baru bole beli..Sugar Glider nie macam tupai lar.. tp bukan asal Malaysia.. tp luar negara.. sebab tu la mahal kot..
Dah2… cukup la aku membebel nie.. bsok aku update lain oke.. banyak lagi nak citer kat korang nie.. tapi aku kena rehat banyak2!! Cewahhh.. so jumpa besok ok.. kite pegi dating same2.. haha. Tata..!  Salam..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...