Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Sabtu, 26 Februari 2011

Tutorial - Cara Buat Akaun Blogspot



Hey korang!.. teringin nak ada blog sendiri?? tak susah pon.. cuma ikut jew tutorial blog kat bawah nie ha..  Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, korang sudah bergelar seorang blogger.


Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com






2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot


Klik sini.. maklumat asal


Jumaat, 25 Februari 2011

Hamster Racing..!!


Hai korang semua..!!  Assalamualaikum dan salam sejahtera ..!!  korang pe kabar ye? Harap sihat la hendaknya..  aku pon dah sihat dari batuk yang berminggu-minggu tuh.. bermacam2 petua la orang bagi.. tp satu ja aku amalkan.. minum ais!.. haha.. kelakar kan?? Aritu aku call mak aku siap kena berleter lg.. ape la tidaknya.. anak laki die sorang nie suka sangat minum air ais!! haha.. aku memang suka minum air ais.. bangun jew pagi sebelum pegi keje.. air ais adalah sarapan utama aku.. x makan pon.. minum ja..

Aku cite nie bukan pasal nak minum ais ka apa.. nak cita kat korang pasal Hamster Racing!!.. korang pernah dengar tak?? Kalau korang nak tahu aku nak cite nie.. Selalunya pasal racing nie melibatkan kereta atau moto!.. tp yang nie pelik ckit Hamster Grand Prix!.. yeah!. Korang kenal tak dengan Michael Shumacer tak pon Lewis Hamilton? Korang mesti kenal sebab diorang nie kan popular pasal F1 Grand Prix.. tapi korang kenal tak dengan Lewis Hammy dan Jenson Button Nose?.. haha.. aku pon tak kenal..!!  Lokasi di Adventure Valley di Brasside berlangsungnya Hamster Grand Prix.Lokasi ini juga berdekatan dengan Durham merupakan rumah kepada hamster yang bernama Lewis Hammy, Micheal Chewmacher, Rodent Barrichello dan juga Jenson Button Nose. Setiap jenis hamster ni mempunyai kereta mereka sendiri,yang mana rupa bentuk kereta lumba yang digunakan untuk berlumba di trek sejauh 5 meter. Wah!. Bestnya kalau ada jual kat Malaysia kan.. nak sangat2.. kereta nie macam Hamster Ball jugak.. tapi hamster ball bulat jew.. x macam kereta lumba..





Pemilik tempat itu, Marco Calzini menyatakan bahawa, hamster-hamster disitu suka berlumba dan selalu membuat latihan perlumbaan. Perlumbaan yang agak mencabar apabila setiap hamster akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi pemenang. 



Yeah!!.. laju lagi..!  lagi..!!  hehe

Hurm.. bila lar agaknya Hamster Grand Prix ada kat Malaysia kan?? Aku orang pertama yg akan join hamster racing nie!.. haha.. 



Khamis, 17 Februari 2011

Langkah Pertama Untuk Bela Hamster.. !!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!....  ape khabar semua??.. harapnye sihat la hendaknya.. tapi aku still batuk lagi lar..huhu..  arinie aku nak kongsi pasal hamter!!.. haha.. siap ade org gelarkan aku ‘Mr. Hamster’ lagi.. kelakar plak.. tapi memang aku minat bela binatang.. dah banyak aku bela binatang peliharaan macam burung, ikan dan banyak lagi!!.. kalau burung seingat aku pernah bela burung ‘gembala kerbau’ dan paling aku ingat dan paling sayang sekali sekor burung nie nama die burung kunyit atau kuning.. sebab colour die yang kuning macam kunyit.. last2 burung nie mata pasal kucing yang pak cik aku bela.. geram betul.. dah la aku bela burung kuning nie dari kecik sampai besar.. jinak pulak tuh.. huhu.. Kalau ikan pulak.. lagi la banyak.. ikan emas, ikan guppy, moon fish, ikan pelaga ataupun betta fish..  akuarium pon banyak dari kecik sampai la yang besar.. dari saiz empat segi sampai la saiz bulat… haha.. nie aku da ter’belok’ cerita da nie…

Sambung balik citer pasal hamter.. bagi korang yang yang first time nak bela aku ade tips untuk langkah pertama korang nak bela hamster nie. Firstly korang mestilah minat sangat2 nak bela hamster macam aku lar.. hehe.. jangan hangat2 taik ayam dah lar..  Pastu korang sanggup tanggung risiko waktu bela hamster.. sebab hamster nie sensetif sangat2.. diorang pon ade perasaan.. lagi satu bole dapat penyakit macam2.. dan last.. semestinya hamster mati!!!!!... hukhuk.. Dan korang mest ade DUIT.. hehe.. sebabnye korang mestila peruntukan duit perbelanjaan korang dengan penjagaan hamster.

Harga permulaan hamster.... 
Syrian Hamster sepasang = RM15
Cage  Hamster                    = RM18
Serbuk Kayu                        = RM5
Makanan Hamster             = RM10

                            TOTAL    = RM48

Yeah!!.. menarik bukan.. murah lagi tu.. untuk sepasang Syrian Hamster harganya Cuma RM15 saje..  cage hamster pulak siap dengan roda mainan hamster, bekas minum air ngan bekas makanan hamster.. murah sangat2.. cage pon besar... kalau korang nak beli hamster.. gtau jew kat aku.. aku bole tolongkan..

Tips semasa nak beli hamster.. aku syorkan bawak la kawan yg lebih arif.. bawak la aku!!.. hehe.. kalau sorang2 pon x pew.. tapi dengar nasihat aku nie.. Bila korang masuk jew  kedai haiwan, pekerja akan segera melayan kita. Tanya apa yang kita nak beli. Bila dia tahu kita nak beli hamster, maka kita akan dibawa ke satu tempat yang mana terdapat satu bekas kaca sebesar akuarium yang menempatkan berpuluh-puluh anak hamster yang comel-comel, pelbagai warna berusia lebih kurang sebulan yang ready untuk dijual. Perkara pertama yang aku nak gtau korangh  “Jangan terpedaya dengan tawaran pekedai”. Ambil masa untuk pilih hamster.

Kalau aku x syorkan korang bela hamster satu jantina saje… sebab hamster pon macam kita jugak.. hidup berpasang-pasangan.. cewahhh!!.. hehe.. Sebabnye hamster nie haiwan yang suka berkawan.. jadi aku wajibkan korang beli SEPASANG tau..!!..  Pasal jantina hamster pulak.. sangat mudah nak kenal alat kelamin die.. Hamster jantan nie mestila ade testis.. kalau korang blajar science tau la ape testis tu kan? Hehe… agak besar alat kelamin hamster jantan.. yang betina pulak.. alat kelamin dan salur najis terletak berdekatan antara satu sama lain… korang mungkin mengalami masalah untuk mengenal jantina hamster sekiranya mereka terlalu kecil. Tetapi, jangan bimbang, pekedai arif tentang jantina.

Selepas korang da tau jantina…korang belek2 la dulu hamster yang nak dibeli.. bukannye ape.. korang kena la pastikan yang hamster tu sihat.. korang perlu pastikan, hamster tersebut tidak mengalami luka di badan, bulu tidak gugur, mulut tidak kudis, mata bersinar dan salur najis tidak “basah”. Ini adalah penting untuk memastikan hamster yang korang pilih itu adalah sihat. Setelah korang da pilih hamster yang nak dibeli.. jadi selesailah sudah fasa pertama atau asas nak bela hamster..  Selamat Datang Ke Dunia Hamster…!!!!.. hehe.. aku tinggalkan korang dengan jenis2 hamster.. supaya korang kenal nak bela hamster jenis ape.. hehe.. bye2..!!  tata…!! Wsalamm!!..



Syrian Hamster (Golden Hamster)
Nama Latin:Mesocricetus auratus
Ukuran: 10-18 cm
Berat: 130-210g




Campbell Hamster
Nama Latin:Phodopus campbelli 
Ukuran 8-10 cmBerat 30-45 g




Hamster Winter White 
Ukuran 7-9 cm
Berat 26-38 g





Roborovski Hamster
Nama Latin:Phodopus roborovskii
Ukuran 5-7cm
Berat 15-26g


banyak lagi jenis hamster yang ada... tapi yang nie mesti ade jual kat kedai pets punye..  Nanti aku cite lagi untuk langkah kedua bile korang da bela hamter dan cerita lanjut mengenai hamster.. oke..!!.. hehe
 

Selasa, 15 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat....





Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam  di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Isnin, 14 Februari 2011

Baby Hamster!!...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!!!..  hehe.. best2 melayan karenah hamster aku yang agak nakal nie.. hehe.. video nie aku rakam setelah 2 minggu lebih kelahiran baby hamster!!. .. 

nie waktu umur baby dalam 2 minggu.. ade yang masih x bole bukak mata lagi!!...


yang nie pon sama gak.. waktu dalam umur 2 minggu lagi...


yang nie pulak waktu bawak balek baby kat penang.. waktu nie dah umur dlm 2 minggu lebih..
dah pandai makan sendiri.. gaduh2 manja.. hehe

Sabtu, 12 Februari 2011

Novel Bumi Cinta



Assalamualaikum semua & Salam 1 Malaysia!!... sementara aku sekarang kat ofis tengah berehat.. boleh la nak update blog.. akhirnya aku dapat gune wifi kat ofis.. siap bole guna Facebook lagi.. kalau tak kena block FB.. tapi akhirnya boleh ditembusi dengan mudahnya.. kalau nak tahu.. emel aku k.. hehe..  novel Bumi Cinta nie memang best sangat2.. novelis Bumi Cinta nie... sebenarnya adalah orang indon.. tapi diorang da translate bahasa melayu.. lebih senang kita memahami jalan ceritanya..

Korang ingat lagi novel Ayat-ayat Cinta? yang pernah mencetuskan fenomena bagi kaki novel macam aku nie.. memang jalan cerita yang memang best dan menarik.. novelis Habiburrahman El-Shirazy memang seorang penulis novel yang pandai menghayalkan pembacanya.. sepanjang hari aku baca novel nie.. aku dapat bayangkan seperti aku adalah Ayyas.. watak utama novel nie.. jadi aku sarankan korang yang kaki novel mesti beli.. aku sebenarnya dari tahun lepas lagi da beli buku nie.. hehe.. oke.. lar.. korang bole tngok & baca sinopsis dekat bawah nie..... 

BUMI CINTA...

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah imandan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang mengigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!"

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.

Rabu, 9 Februari 2011

Renungan Semua...

بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
 Sekian, semoga ada manfaatnya

Artikel nie aku copy paste jew.. bukan aku yang buat.. cuma aku ingin menyampaikan saja apa yang patut.... jadi sebarkan.. (@_@)

Klinik Oh!! Klinik


Klinik oh! Klinik!.. haha..  Assalamualaikum semua.. mesti korang pelik kan tajuk entry aku nie.. sebenarnya hari nie adalah hari kedua aku demam.. saje nak share sebab dalam sejarah hidup aku pi klinik dengan orang.. mcm mak aku kew.. sesape jew la.. tapi hari nie dalam sejarah aku pi klinik sorang2 pasai batuk aku yang tak sembuh2 nie..kebetulan pulak badan rasa panas mcm demam.. jadi lebih elok lar aku mencegahnya.. hari nie pon aku tak pi praktikal siap ambil MC lg lar.. haha.. waktu check badan pon doctor tak kata apa pon.. kiranya aku sihat lagi lar..  memang sejak aku kecik lagi.. aku penakut nak pi klinik mahupun hospital.. aku pon tak tau sebab apa.. mayb takut jarum kot.. haha.. sampai la sekarang da besar panjang pon aku takut lagi.. mak aku pon kadang2 pelik jugak siap berleter lagi.. awat la anak laki dia nie takut sangat nak p klinik.. haha..  tadi doctor ada bagi ubat batuk, demam dengan antibiotic.. fuhh!!  waktu aku dok tengah menulis nie baru la rasa lega sikit.. kalau tak rasa lemah seluruh badan.. asyik nak tido ja.. haha.. 

teringat waktu sekolah rendah dulu bila doctor gigi datang kat sekolah..  aku takut!!! Haha.. korang ingat lagi nanti ada orang bawak kad hijau pastu die panggil nama.. Muhammad Nabil Fikri b. Alias. Turun bawah jumpa doctor tau!!.. haha… waktu dalam kelas tu punya la dok berdoa jangan la nurse nie panggil nama aku.. tengok2 orang first kena check.. adus!! Seram sejuk dibuatnya.. awat la nurse nie panggil nama aku.. laen kali panggil lar orang laen dulu.. huhu.. bile da turun kena tunggu giliran pulak.. sambil2 tengok kawan2 aku yang kena check dengan doc. rasa kecut perut lagi ada lar… bila dah sampai giliran aku.. doc suruh duduk atas kerusi yang boleh baring.. doc cakap.. oke adik.. buka mulut..doc nak check nie… buka luas lagi.. hurmmm… adik nie kena tampal gigi nie.. gigi adik berlubang lar.. adus!! Kena tampal pulak tu.. huhu..tu la pasal suka sangat makan chocolate kan? Haha.. mestla.. I like chocolate!! Sampai sekarang la aku memang suke chocolate.. tapi tak la sampai obses sangat.. chocolate yang paling aku suka? Semestnya Cadbury!! Memang sedap!! Haha..  jadi doc nie pon sambung la keje die.. bukak mulut.. Gggggrrrrrr!!! Bunyi macam gerudi pon ada.. tapi yang nie nak tebuk lubang dekat gigi..  rasa macam ngilu jew.. sakit pon ada.. pastu doc masuk air dalam mulut.. pastu die suruh luahkan dekat dalam baldi.. huhu.. mak saket!!!.. pastu baru la doc  tampal dengan benda ape ntah mcm timah jew.. doc tekan2 dekat tempat lubang yang ditebuk tu.. huhu.. bila ingat kisah2 macam nie.. mesti ada kenangan yang tak dapat kita lupakan waktu kat sekolah.. tambah2 lagi cinta monyet! Haha.. nanti aku cite balek pasal cinta monyet yew.. haha.. tata!! Bye2!! Wsalam…….

Jumaat, 4 Februari 2011

Hamster.. Oscar & Pandora bersama!!










Video Hamster.. Oscar & Pandora dan Baby !!


nie video Oscar.. nie hamster jantan.. letak dalam akuarium.. tngok la yg x seberapa nie.. huhu


nie pulak Pandora.. dengan anak-anak die.. mmg comel giler.. letak dalam cage sebab kalau letak skali dengan Oscar nant mkan anak-anak die.. huhu..



Selasa, 1 Februari 2011

Video Baby Hamter Aku !!

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera.. salam 1 Malaysia!! Hehe…  da berapa hari aku tak update blog.. maklum la aku kan sibuk dengan praktikal..  Artikel nie banyak sangat nak letak.. tapi tu la kan… sibuk sangat dengan kerja.. untuk pagi nie.. walaupun aku kat ofis..  nie buat pertama kalinya aku nak tunjuk baby hamster Oscar & Pandora setelah 2 minggu lahir kat dunia.. haha… tapi ada berita sedih nak bagitau pasal anak hamster tu kalau tidak ada 6 ekor kesemuanya.. disebab kan ibu hamster nie dok menggedik dalam sangkar habis die tolaknya kayu yang aku letak pastu sekor anak hamster tu kena timpa dengan kayu.. huhu.. .. jadi tinggal la 5 ekor.. haha.. selamat ada lagi.. sepanjang kelahiran baby hamster nie selama dua minggu.. Pandora nie tak banyak sangat songeh dia.. Cuma mcm td aku bagitau.. dok gedik nak keluar.. terus anak yg jadi mangsa..  baby hamster nie pon dah  pndai makan sendiri.. Cuma masih lagi isap susu badan.. haha..  mcam waktu kita baby jugak la kan.. jadi korang layan lar video hamster aku nie tau.. Oscar & Pandaro  dan  anak2.. hehe… tata!! Wsalam…...  


Pandora & baby!!

Pandora tengah menyusu!!.. hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...