Pages

Nabil Fans

Klik-Klik

MARMUT CUTE

NAMA
EMEL
JENIS BAJU (RUJUK ATAS) A
B
JENIS KAIN COTTON
DRY FIT
KUANTITI BAJU 1
2
3 KE ATAS
WARNA BAJU (IKUT PILIHAN ANDA)
CADANGAN ANDA

Create a web form here

Khamis, 27 Januari 2011

Reka Bentuk Pertama Laman Web Popular


Assalamualaikum semua…. Salam sejahtera… sory la dua hari agak sibuk sebab nak buat sistem kat tempat keje.. pasal Sistem e-Banjir. Sebab tu la x bole nak update.. hehe.. oke lar     hari nie aku nak share dengan korang pasal rupa bentuk atau antaramuka laman web yang popular di dunia. Kiranya rupa bentuk laman web yang kali pertama diperkenalkan. Antaranya Google, Yahoo, Facebook dan lain-lain lagi.. jadi jom sesame kita tengok screenshot laman web yang beberapa tahun dahulu…


1. www.google.com website, dicipta tahun 1996

Yang nie paparan untuk Google.. Nampak biase jew.. rasanya waktu nie x dak gmail lg kot..
Aku pon x tahu… hehe




 2. www.facebook.com website,dicipta tahun 2004


Nie pulak Facebook.. kelakar jugak kan?? Hehe.. nmpak laen bebenor.. x mcm skarang… ejaan pon laen Thefacebook.. tapi yang nie waktu guna dekat Harvard University.. korang tengok kat screenshot tuh… tp bayangkan la kan.. waktu tu Mark Zuckerberg baru jew umo 19 tahun.. dah pandai buat pasal system ni.. kite plak waktu tuh.. terkinja-kinja lagi nak masuk belajar… hahaha…




 3. www.myspace.com website, dicipta tahun 2003


Nie my space.. Nampak pon menarik.. haha.. tak tau nak komen pa.. sebab x penah guna my space nie.. haha..




4. www.yahoo.com website, dicipta tahun 1997


 Yahoo!! ?? haha.. laen sungguh… Nampak x ok langsung… ko ja.. haha.. tapi yang nie dulu, baru nak starting.. hehe




5. www.wikipedia.org website, dicipta tahun 2001


Website nie selalu aku guna.. tapi sumber web nie x berapa tepat sangat.. kalau la antaramuka macam nie ada lagi.. sumpah aku tak nak bukak da.. sebab serabut sangat!!.. hehe.




6. www.blogger.com website, dicipta tahun 1999


Nie semestnya korang tahu.. blogger!! Kalau yang kaki blogger tu korang mesti tengok. Nie sejarah tau!! Hehe… colour tu menyakitkan mata aku.. terang sangat!!.. hehe… tau komplen jew kan aku nie.. 


Isnin, 24 Januari 2011

Signature

Spesies Kala Jengking Paling Beracun di Dunia



Salam.. hari nie aku nak berkongsi cerita pasal haiwan pulak.. aku teringin sangat nak bela scorpian nie... tapi tak berani lar.. takut kena sengat.. aku selalu p kedai yang jual pets nie.. macam2 binatang peliharaan yang ada.. yang paling aku nak sangat.. kala jengking.. hehe.. aku pon da buat permerhatian da.. untuk baru jew yang nak berjinak-jinak bela kala jengking nie.. aku syorkan kala jengking  AFS- Asian Forest Scorpian atau pon Empror.. tapi yang paling senang kita nak cari jenis AFS la.. sebab kala jengking nie yang paling banyak kat Asia.. harga pulak. cukup murah.. itupon kalau korang rasa berbaloi la kan.. daripada harga RM 10- RM 50 saja.. murah kan?.. pemakanan untuk jenis nie.. senang jew, cuma cengkerik atau ulat roti.. jadi kos pon murah..mengikut maklumat yang aku dapat... kala jengking nie kalau sengat manusia.. rasa macam bisa lebah jew.. tapi aku x nak!! haha.... jadi kalau korang ade tempat yang tawarkan harga murah2 tu.. bagi tahu la kat aku ok.. aku nak beli nie.. hehe.. jadi layan info kat bawah nie...



Berikut adalah jenis-jenis kalajengking yang paling berbahaya di dunia




1. Death stalker, Leiurus quinquestriatus
Type: Terrestrial, opportunistic Burrower
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: 10-13 cm
Sifat: agresive


Deathstalker dikenali sebagai spesies yang mempunyai racun paling berbisa, racunnya adalah campuran dari berbagai racun neurotoxin yang sangat kuat (tidak dapat dipastikan neurotoxin jenis apa tapi sepertinya bahaya) yang boleh menyebabkan rasa sakit yang sangat-sangat sakit, kemudian demam, diikuti dengan koma, kejang-kejang, kelumpuhan dan kematian. Mujurlah, untuk manusia dewasa yang sihat, walaupun menyakitkan, tetapi tidak dapat membunuh. Budak kecil, orang tua dan individu yang lemah (misalnya sakit jantung) berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi terhadap kematian jika disengat oleh kalajengking ini.




2. Arabian Fat-tailed scorpion, Androctonus crassicauda
Type: Terrestrial dessert
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: sekitar 10 cm
Sifat: terlalu agresive


Fat-tailed scorpion atau Androctonus merupakan salah satu spesies kalajengking paling beracun di dunia. namanya aj "Androctonus" yang bererti man-killer. Diantara semua spesies Androctonus mungkin yang paling bahaya adalah Arabian Fat-tailed Scorpion ini, racun yang dimiliki boleh menyaingi racun Deathstalker. Racun yang terdapat pada spesies ini juga terdiri daripada neurotoxin. Spesies ini bertanggungjawab ke atas kematian beberapa orang setiap tahun akibat sengatannya. Pada masa ini masih menjadi perdebatan apakah spesies kalajengking paling berbisa, samada Deathstalker atau Arabian Fat-tailed




3. Yellow Fat-tailed scorpion, Androctonus australis
Type: Terrestrial
Origin: Timur Tengah, Afrika Utara, India
Size: lebih dari 9 cm
Sifat: kadang2 agresive kadang2 tenang


Sesuai dengan jenisnya iaitu jenis "Androctonus", yellow fat-tailed merupakan jenis yg sangat berbisa, walaupun racun nya tidak sekuat Deathstalker ataupun Arabian fat-tailed, racun yellow fat-tailed boleh membunuh seseorang dalam masa 2 jam jika tidak diberi serumnya (tidak berpengaruh thdp orang dewasa yg sihat). Mendapatkan serumnya tidaklah senang, bahkan di AS pun sangat sukar untuk mendapatkan serumnya




4. Black Spitting Thicktail Scorpion, Parabuthus transvaalicus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Afrika
Size: sekitar 12 cm
Sifat: cukup agresive


Ada sape2 yang tau kenapa jenis yang satu ini mendapat gelaran Black Spitting Thicktail Scorpion?? Ini kerana spesies ini boleh menyemburkan racun mereka seperti ular kobra. Racun yang mereka semburkan boleh mencapai sehingga 1 meter, dan apabila terkena mata boleh menyebabkan rasa yg sangat pedih dan menyebabkan buta sementara, namun kebutaan ini boleh jadi kekal jika racun tidak dibersihkan, kemampuannya inilah yang membuat ia dianggap sebagai spesis yang cukup berbahaya, namun kadar racunnya tidak tergolong dalam golongan yang boleh membawa maut. Walapun begitu racun yg dimiliki jenis ini berbahaya untuk kanak2 dan orang yg alergi terhadap racun ini.




5. Striped bark scorpion, Centruroides vittatus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Amerika Utara
Size: 5-7 cm
Sifat: tidak agresive


Seperti kebanyakan kalajengking yang lain, jenis ini juga mudah ditemui di sekitar habitatnya.Namun kerana kedekatan nya dgn manusia, jenis ini (walaupun tidak agresive) cukup sering membahayakan manusia. Sengatannya sangatlah menyakitkan, ianya hanya berlaku selama 15-20 minit dan jarang sampai hingga 2-3 hari. namun jenis ini jarang sekali boleh menyebabkan kematian, walau[un ada beberapa laporan yang menyatakan jenis ini bertanggungjawab di atas beberapa kematian orang, namun itu semua masih menjadi perdebatan.




6. Asian Forest Scorpion, Heterometrus longimanus
Type: Terrestrial
Origin: Asia bahagian selatan termasuk Indonesia
Size: 10-12 cm
Sifat: sangat agresive


Ia sangatlah mirip dengan emperor scorpion, namun sifatnya sangat berbeza. Asian forest merupakan jenis yg sangat agresive dan cukup bersifat defensive sehingga ianya merasa terancam maka ia akan berada dalam kedudukan sedia menyerang. berbeza dgn jenis2 kalajengking di atas, bila terancam Asian forest jarang menyengat menggunakan ekornya, mereka lebih gemar menyerang dengan menggunakan sepitnya yang cukup besar untuk membuat kita berdarah, racun yang dimiliki oleh Asian forest tidak membawa maut (dikatakan hanya sekuat sengatan tawon) mungkin kerana itu ia lebih bergantung kepada sepitnya yang kuat.

Pasemboq Padang Kota !!!


Salammm… Oh!! Antara makanan kegemaran aku… lapar pulak.. hehe. Ok.. untuk slot Story Makan yang pertama aku.. nak berkongsi cerita pasal makanan kegemaran aku nie.. Pasembur dekat Padang Kota!! Kalau loghat penang cakap pasemboq..  setiap kali aku balik penang.. mesti aku ajak family aku, tak pun membe2 pegi padang kota. Maklum la aku nie memang suka makan… hehe. Buat masa nie la kan.. tempat yang paling sedap nak makan pasembur kat Penang satu tempat jew.. semestinya Pasembur Padang Kota lar.. lagipun banyak gerai yang yang jual pasembur kat sini.. Cuma kita kena pandai pilih jewla.. Cerita pasal pasembur padang kota.. mungkin ramai yang tak tahu asal usul pasembur.. ataupun sejarah pasembur nie.. cewahhh!!! Jadi pakar sejarah pulak nie.. 



Kalau korang nak tahu Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. Kesemua bahan nie dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate… memang sedapppppp!!.. hehe.  Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang.




Secara tradisi atau sebelum nie para penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Tidak seperti sekarang kebanyakan pasembur di jual di gerai yang lebih besar seperti dijual di kedai nasi kandar… Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas. Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut. Tapi bagi aku siang ke malam kew.. aku makan jew.. hahaha…. Kalau korang datang penang, ajak la aku ek.. hehe.. aku pon nak makan jugak.. oke.. bye2.. tata.. wsalam…

Ahad, 23 Januari 2011

5 Pulau Yang Tercantik di Malaysia


PULAU SIPADAN
                                                          


Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba.. mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009. aku teringin sangat nak p pulau nie.. yew la.. da nama pon bukan saja pulau tercantik di Malaysia.. tapi antara yang tercantik di Dunia!!.. sape yang x nak kan?? hehe.. kalau korang nak p.. ajak la aku sekali.. hehe..Mengikut cerita yang yang aku dengar dari insan-insan yang pernah pergi kesana, pulau ini begitu terkenal di kalangan pencinta aktiviti skuba adalah kerana struktur pulau ini sebenarnya melalui dasarnya itu seperti bentuk cendawan..






PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor.. pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.. bila la agak nya bole p sana.. hehe




PULAU LANGKAWI



Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan sebagainya lagi.. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark. Untuk maklumat tambahan, Langkawi juga merupakan antara pulau pelancongan yang agak besar.. mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan yang paling penting adalah servis gondola atau lebih dikenali sebagai kereta kabel.. Pulau Langkawi ni adalah pulau yang selalu aku p.. hehe.. kat sini memang best.. selalu aku pegi bukannya beli apa pon.. beli coklat!!.. haha.. i like coklat!!
 



PULAU REDANG




Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia.. pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini..Merupakan tempat atau syurga bagi penggemar duni skuba. oh...jadi sapa yang minat nak menyelam nie bole la p.. aku nie x bole sebab x pandai nak menyelam.. hahaha..




PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Aku Bukan Malaikat


Salam semua... novel Aku Bukan Malaikat adalah merupakan koleksi novel-novel yang aku beli.. novel nie beli kat Popular Penang.. memang rutin bulanan aku akan pergi ke Popular..selalunya minimum aku beli buku 2 buah.... hobi aku suka baca buku.. jadi banyak koleksi yang beli dan simpan... selain tuh.. aku jugak suka beli buku biografi tokoh2, agama, motivasi dan lain-lain lagi.. Novel Aku Bukan Malaikat.. bagi aku satu-satunya novel yang aku baca adalah watak utama adalah seorang lelaki.. aku ingat lagi..sekali pandang tajuk novel nie terus aku pegang.. belek punya belek.. aku beli novel nie.. kalau korang nak tau penulis novel nie muda lagi.. aku da add Facebook penulis nie.. jadi aku syorkan korang beli buku nie.. memang berbaloi untuk membaca.. kalau tak silap dalam tahun nie penulis novel nie nak terbitkan sambungan cerita Aku Bukan Malaikat.. tak sabar nak beli lagi.. hehe.. jadi aku tinggalkan korang dengan sinopsis novel nie.. selamat membaca..


Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dgn dugaan.  Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.  Pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan.  Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga.  Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga.  Namun dia pasrah dengah ketentuanNya. Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yg sarat dengan pertembungan jalan hidup yg berbeza.  Mejelaskan Allah itu maha adil.  Memberi dugaan kepada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keturunan.  Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yg melampaui batas kemampuan hambaNya.

Sabtu, 22 Januari 2011

Khurafat



Salam semua.. untuk slot Review Filem minggu ini aku nak cerita pasal movie seram yang paling best agaknya lar.. kat bawah nie ada sinopsis pasal Khurafat.. layannnnn..

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Hamsterku beranak!!




Salam semua… artikel hari nie.. nak cerita pasal hamster yang aku bela.. baru jew berjinak-jinak bela hamster nie.. sebelum nie ade la sekali waktu tinggal kat asrama.. tapi hamster tu dah lari lar.. haha. Sekarang nie aku ada bela hamster jenis Golden Hamster.. colour hamster nie keperang-perangan.. aku bela sepasang jantan dan betina. Name hamster nie yang jantan Oscar.. yg betina Pandora.. haha. Glamour tak name hamster aku?? Hehe.. sebenarnya aku happy sangat2 sebab da dapat keturunan hamster aku yang pertama.. haha. Maksudnya hamster aku da beranak lar.. baru jew berapa hari nie.. hari Selasa 18/1/2011. Macam tak percaya pon ada. Sebab hari tu aku, hari kedua praktikal.. balik umah untuk makan tengahari.. tengok-tengok da beranak dah!! Waktu tu mmg seronok giler.. anak Oscar & Pandora ada 6 ekor. Colour baby hamster nie pon merah lg.. mata pon tak terbuka lagi.. sekarang nie pon aku memang bagi tumpuan kat Pandora dengan baby2 die.. Oscar pulak aku letak dalam cage lain, takut nanti Oscar makan anak dia sendiri.. hurm… tak sabar nak tunggu baby Oscar & Pandora besar.. mungkin dalam 3 minggu lagi baru da bole pegang baby hamster sebab kalau pegang anak die waktu sekarang.. hamster betina akan makan anak die sendiri.. jadi yang bela hamster nie.. kena la hati-hati sikit. Ada sesetengah orang yang sukakan binatang diorang cakap hamster nie payah nak jaga.. Tapi aku rasa sepanjang sebulan aku bela hamster nie tak susah pon. Lagi seronok ada lar.. hehe.. dekat bawah nie ada langkah-langkah untuk bela hamster.. insyALLAH.. lepas nie aku akan letak lagi artikel mengenai hamster.. dan lagi satu.. aku ada bela hamster dekat dalam blog nie.. hehe.. tuuu… dekat bawah tu.. ada kan?? Jangan lupa bagi makan & minum.. hehe.. selamat membaca…


1. Hamster yang baru dibeli
Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah. Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela. Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan minuman
Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster. Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.



Jumaat, 21 Januari 2011

Praktikal



Praktikal!! Praktikal!! Hehe…   Assalamualaikum.. nak cerita pasal praktikal ataupun latihan industri. Kalau korang nak tahu dah 4 hari aku praktikal dekat Lembaga Kemajuan  Pertanian Muda (MADA).  Mula-mula sebelum praktikal rasa gelabah la jugak.. sebab tak tahu macam mana lar kalau praktikal kan? Kalau korang kat tempat aku pon mesti gelabah jugak kan? Yang aku ingat praktikal nie mesti kena buat kerja banyak.. pastu mesti bosan.. tapi semua tu biasa jew la.. best jugak aku praktikal kat MADA nie.. hari pertama tu bosan sangat2.. sebab tak tau nak buat apa.. aku praktikal dekat Cawangan Teknologi Maklumat sebab ada kena mengena dengan jurusan yang aku belajar iaitu sistem komputer.. Bos kat pejabat perempuan.. dia cakap dia tak nak menyusahkan kami buat kerja banyak2.. jadi bos da siapkan macam jadual apa yang patut kami buat. Sekarang nie aku tengah siapkan laporan awal mengenai latar belakang MADA dan lain2 lagi.. baru aku tau fungsi MADA nie.. diorang menguruskan padi beras negara, pengairan untuk padi yang ada dekat Kedah & Perlis…  suasana kat pejabat memang menyamankan sangat2.. sebelah pejabat MADA ada empangan air untuk pengairan padi.


Dekat dalam kawasan pejabat pulak ada tasik, siap dengan air pancut lagi.. memang cantik mata memandang. Nanti aku upload foto2 persekitaran tempat praktikal.. dekat tempat praktikal kebanyakkan staf2 semua mak bapak orang.. maksudnya dah tua2 lar.. haha… aku praktikal bukan sorang2 jew la. Aku praktikal dengan membe projek akhir, perempuan.. membe jew… x dak lebih2. Haha..  Jadi senang sikit kalau kami nak bincang pasal projek akhir tuh.. sekarang nie pon tengah siapkan projek akhir pasal Sistem e-Aduan untuk pelajar2.  Jadi cukup la kot aku cerita nie.. nak kena siapkan laporan.. nant aku sambung lain oke.. wassalamualaikum……  

Ber ' Facebook'


Hai.. assalamualaikum... saje post print screen facebook aku.. nie la keje aku seharian dari pagi sampai ke malam.. asyik ber 'facebook' jew..  hehe.. jangan lupa add fb aku kat sebelah tuh >>>>> 




Anak Kampong

ANAK KAMPONG
TAKTAU DIUNTUNG
MAKAN MINUM DITANGGUNG
PERANGAI RIAK BODOH SOMBONG
MENGALAHKAN GENDANG KOSONG

DIDIDIK SIANG MALAM
DIKEPUNG MACAM API LILIN
MUDAH-MUDAHAN TAKKAN PADAM
TAPI HATI MISKIN
PAPA KEDANA

ANAK KAMPONG
TAK SEDAR DIRI
BELUKANG HANYUT
HIDUP MENONGKAH ARUS PASANG SURUT
JIWA HAMBA HIDUP ABDI
JIKA BERTERUSAN BEGINIAL
AMAT CELAKA DATANG MENANTI

ANAK KAMPONG
SEDARLAH, INSAFLAH
BINA SEMANGAT JUANG TERKINI
BERSAING DIRI MENCIPTA KECEMERLANGAN
DEMI CUCU CICIT MASA DEPAN
LAYAKNYA MENJADI TETUANDI BUMI INI

KARYA ASAL- TN.HJ ABDUL MALEK (MANTAN PENGETUA SMK TELUK BAHANG)

Hidup Cemerlang Tanpa Dadah

HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH
Karya- Nabil & Cikgu Faizi
Sempena Pertandingan Puisi Anti Dadah Peringkat Negeri Pulau Pinang 

Dadah
Engkaulah musuh durjana manusia
Perosak bangsa
Pemusnah Negara

Telah sekian lama 
Belenggu ini memenjarakan mereka
Walau keceruk mana sekalipun
Namun belenggu ini tidak pernah terungkai ikatannya
Oleh kerana terjalinnya nafsu
Disulami khayalan mimpi dan angan-angan
Diselimuti keseronokan dunia
Dikemudi oleh syaitan

Disatu sudut yang gelap kelam
Terlihat sekujur tubuh
Menggigil layu dan lesu
Menanti saat kehabisan waktu

Wahai bangsaku bukakan matamu
Singkirkan segala belenggu yang ada disitu
Ayuh bangsaku bersatu seirama
Hidup cemerlang tanpa dadah
Perkasakanlah minda penyumbang ummah
Kekuatan diri pujangga abadi
Moga hidup kita diberkati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...